Rabu, 12 Ogos 2015

Kesalahan Tatabahasa : Penjodoh Bilangan pada Kata Bilangan Tak Tentu

Kesalahan meletakkan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang menggunakan kata bilangan tak tentu seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, sesetengah, dan sebilangan

Contoh:

1. a). Para orang pelakon itu sedang berbual-bual di restoran. (SALAH)
    b). Para pelakon itu sedang berbual-bual di restoran. (BETUL).

2. a). Banyak bentuk cincin permata yang dijual di kedai emas itu.(SALAH)
    b). Banyak cincin permata yang dijual di kedai emas itu. (BETUL).

Kecuali:

3. a). Beberapa durian yang jatuh itu busuk. (SALAH)
    b). Beberapa biji durian yang jatuh itu busuk. (BETUL)

Pengecualian:

Penjodoh bilangan tidak perlu diletakkan bagi kata nama konkrit yang dibilang menggunakan kata bilangan tak tentu, kecuali pada kata bilangan tak tentu beberapa.