Rabu, 12 Ogos 2015

Kesalahan Tatabahasa : Menggunakan 'Daripada' dengan Kata Bilangan Tak Tentu

Kesalahan meletakkan kata sendi nama 'daripada' selepas kata bilangan tak tentu seperti setengah-setengah, sesetengah, segelintir, kebanyakan dan kata bilangan pisahan seperti setiap, tiap-tiap.

Contoh:

1. a). Sesetengah daripada herba beracun.(SALAH)
    b). Setengah-setengah daripada herba beracun.(SALAH)
    c). Sesetengah/setengah-setengah herba beracun.(BETUL)

2. a). Hanya segelintir daripada calon SPM lulus cemerlang.(SALAH)
    b). Hanya segelintir calon SPM lulus cemerlang.(BETUL)

3. a). Kebanyakan daripada penghuni rumah itu perempuan.(SALAH)
    b). Kebanyakan penghuni rumah itu perempuan.(BETUL)

4. a). Setiap/Tiap-tiap daripada masalah itu perlu diteliti.(SALAH)
    b). Setiap/Tiap-tiap masalah itu perlu diteliti.(BETUL)

Ulasan:
Kata sendi nama 'daripada' hanya boleh diletakkan pada beberapa patah kata bilangan tak tentu, contohnya 'sebahagian' yang menjadi 'sebahagian daripada'...dan 'sebilangan' yang menjadi 'sebilangan daripada'...