Khamis, 3 September 2015

Buah

Digunakan untuk:

1. Benda yang besar.
Contoh: Jam, almari, buku, radio, songkok

2. Bangunan.
Contoh: Stadium, rumah, dewan, sekolah, universiti

3. Kenderaan.
Contoh: Kereta, Motosikal,basikal

4. Tempat.
Contoh: Bandar, pulau, pekan

Cekak

Digunakan untuk:

Benda yang dipegang secara mencekak.

Contoh:
Benih padi, daun sirih, sayur-sayuran, serai

Bungkus

Digunakan untuk:

Benda atau sekumpulan benda yang dibungkus/dibalut.

Contoh:
Coklat, nasi lemak, lauk, mi

Carik

Digunakan untuk:

Benda yang dikoyakkan kecil-kecil.

Nota: Koyak=carik

Contoh:
Daun, kain, kertas, perca


Tompok

Digunakan untuk:

Cecair atau bahan yang bertompok(kotor).

Contoh:
Cat, dakwat, warna, arang

Timbun

Digunakan untuk:

Benda-benda yang diletakkan dalam keadaan berlonggok atau bertimbun.

Contoh:
Batu, beras, padi, pasir, sampah, tanah

Teguk

Digunakan untuk:

Mengira minuman/cecair yang diteguk/ditelan.

Contoh:

Air teh, kopi, susu, jus

Susun

Digunakan untuk:

Benda yang diletakkan dalam keadaan bersusun.

Contoh:
Buku, kerusi, kotak, suratkhabar

Ekor

Digunakan untuk:

Membilang jumlah haiwan, serangga, ikan.

Contoh:
Lembu, burung, ayam, ikan, lipas, rusa

Das

Digunakan untuk:

Mengira bunyi letupan ataupun tembakan.

Contoh:
Meriam, pistol, senapang

Gugus

Digunakan untuk:

1. Buah-buahan yang bertangkai.
2. Kumpulan benda yang berkelompok.

Contoh:
Anggur, rambai, rambutan, bintang, pulau, kunci.

(Lihat Tangkai)

Gelas

Digunakan untuk:

Cecair yang diisikan ke dalam gelas.

Contoh:
Air, susu, kopi, teh, jus

Hidang

Digunakan untuk: 

Makanan yang siap disajikan.

Contoh:
Kuih, lauk, nasi.

Gulung

Digunakan untuk:

Membilang benda yang panjang dan bergulung.

Contoh:
Filem, kain, kertas, tilam, permaidani, tikar

Suap

Digunakan untuk:

Makanan yang disuapkan dengan tangan ke dalam mulut.

Contoh:

Nasi, pulut.

Senduk

Digunakan untuk:
Makanan ataupun cecair yang diambil dengan menggunakan senduk.

Contoh:
Bubur, kuah, nasi, sup

Urat

Digunakan untuk:

Benda yang panjang dan halus.

Contoh:
Benang, rambut, dawai, kawat

Tangkai

Digunakan untuk:

Buah-buahan, dedaunan dan bunga-bungaan yang ada tangkai.

Contoh:
Bunga orkid, bunga raya, daun, jambu, pulasan, rambutan, anggur.

Rangkai

Digunakan untuk :

1. Susunan benda ataupun benda yang bersambung-sambung.
2. Patah perkataan yang bersambung-sambung/berturut-turut, deretan perkataan, karangan ayat.

Contoh:
1. Rantai.
2. Doa, lagu, madah