Khamis, 3 September 2015

Buah

Digunakan untuk:

1. Benda yang besar.
Contoh: Jam, almari, buku, radio, songkok

2. Bangunan.
Contoh: Stadium, rumah, dewan, sekolah, universiti

3. Kenderaan.
Contoh: Kereta, Motosikal,basikal

4. Tempat.
Contoh: Bandar, pulau, pekan

Cekak

Digunakan untuk:

Benda yang dipegang secara mencekak.

Contoh:
Benih padi, daun sirih, sayur-sayuran, serai

Bungkus

Digunakan untuk:

Benda atau sekumpulan benda yang dibungkus/dibalut.

Contoh:
Coklat, nasi lemak, lauk, mi

Carik

Digunakan untuk:

Benda yang dikoyakkan kecil-kecil.

Nota: Koyak=carik

Contoh:
Daun, kain, kertas, perca


Tompok

Digunakan untuk:

Cecair atau bahan yang bertompok(kotor).

Contoh:
Cat, dakwat, warna, arang

Timbun

Digunakan untuk:

Benda-benda yang diletakkan dalam keadaan berlonggok atau bertimbun.

Contoh:
Batu, beras, padi, pasir, sampah, tanah

Teguk

Digunakan untuk:

Mengira minuman/cecair yang diteguk/ditelan.

Contoh:

Air teh, kopi, susu, jus

Susun

Digunakan untuk:

Benda yang diletakkan dalam keadaan bersusun.

Contoh:
Buku, kerusi, kotak, suratkhabar

Ekor

Digunakan untuk:

Membilang jumlah haiwan, serangga, ikan.

Contoh:
Lembu, burung, ayam, ikan, lipas, rusa

Das

Digunakan untuk:

Mengira bunyi letupan ataupun tembakan.

Contoh:
Meriam, pistol, senapang

Gugus

Digunakan untuk:

1. Buah-buahan yang bertangkai.
2. Kumpulan benda yang berkelompok.

Contoh:
Anggur, rambai, rambutan, bintang, pulau, kunci.

(Lihat Tangkai)

Gelas

Digunakan untuk:

Cecair yang diisikan ke dalam gelas.

Contoh:
Air, susu, kopi, teh, jus

Hidang

Digunakan untuk: 

Makanan yang siap disajikan.

Contoh:
Kuih, lauk, nasi.

Gulung

Digunakan untuk:

Membilang benda yang panjang dan bergulung.

Contoh:
Filem, kain, kertas, tilam, permaidani, tikar

Suap

Digunakan untuk:

Makanan yang disuapkan dengan tangan ke dalam mulut.

Contoh:

Nasi, pulut.

Senduk

Digunakan untuk:
Makanan ataupun cecair yang diambil dengan menggunakan senduk.

Contoh:
Bubur, kuah, nasi, sup

Urat

Digunakan untuk:

Benda yang panjang dan halus.

Contoh:
Benang, rambut, dawai, kawat

Tangkai

Digunakan untuk:

Buah-buahan, dedaunan dan bunga-bungaan yang ada tangkai.

Contoh:
Bunga orkid, bunga raya, daun, jambu, pulasan, rambutan, anggur.

Rangkai

Digunakan untuk :

1. Susunan benda ataupun benda yang bersambung-sambung.
2. Patah perkataan yang bersambung-sambung/berturut-turut, deretan perkataan, karangan ayat.

Contoh:
1. Rantai.
2. Doa, lagu, madah

Sabtu, 15 Ogos 2015

Kata Bilangan Tanya

Kata bilangan bagi mengetahui ukuran ataupun pengiraan sesuatu dalam ayat tanya.

Contoh: Berapa?

Rabu, 12 Ogos 2015

Kesalahan Tatabahasa : Kata Bilangan 'Setengah-setengah/Sesetengah'

Kesalahan menulis ringkas kata bilangan tak tentu 'setengah-setengah/sesetengah' menjadi 'setengah'.

Contoh:

1. a). Setengah pelajar tidak suka subjek matematik.(SALAH).

    b). Setengah-setengah pelajar tidak suka subjek matematik. (BETUL)

    c). Sesetengah pelajar tidak suka subjek matematik.(BETUL).

Ulasan:
Kata 'setengah' bermaksud separuh.

Kesalahan Tatabahasa : Kata Bilangan 'Berbagai-bagai'

Kesalahan menulis kata bilangan tak tentu 'berbagai-bagai' menjadi 'berbagai'.

Contoh:

1. a). Berbagai jenis kuih dimasak oleh ibu untuk nenek.(SALAH)

    b). Berbagai-bagai jenis kuih dimasak oleh ibu untuk nenek. (BETUL).

Ulasan:
Kata 'berbagai' bermaksud tiada bandingan. Gunakan 'pelbagai' untuk menggantikan berbagai-bagai.

Kesalahan Tatabahasa : Kata Bilangan 'Para'

Kesalahan menggandakan  kata bilangan tak tentu 'para' menjadi 'para-para'.

Contoh:

1. a). Para-para perwakilan asing itu dibawa melawat Putrajaya.(SALAH)
    b). Para perwakilan asing itu dibawa melawat Putrajaya.(BETUL)

2. a). Para-para pelajar sekolah itu bersenam di padang sekolah.(SALAH)
    b). Para pelajar sekolah itu bersenam di padang sekolah.(BETUL)

Ulasan:
Kata bilangan tidak tentu 'para' tidak boleh digandakan menjadi 'para-para' kerana ia akan memberi maksud 'rak'.

Kesalahan Tatabahasa : Tidak Meletakkan Penjodoh Bilangan pada Kata Bilangan Himpunan

Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang menggunakan kata bilangan himpunan.

Contoh:

1. a). Kedua-dua jagung itu masih panas. (SALAH).
    b). Kedua-dua tongkol jagung itu masih panas. (BETUL).

2. a). Kelapan-lapan buku itu akan dijual di kedai buku.(SALAH)
    b). Kelapan-lapan buah buku itu akan dijual di kedai buku.(BETUL)

Ulasan:
Semua kata nama konkrit yang dibilang menggunakan kata bilangan himpunan mesti diberi penjodoh bilangan.

Kesalahan Tatabahasa : Kata Bilangan Pisahan 'Tiap-tiap'

Kesalahan menulis singkat kata bilangan pisahan 'tiap-tiap' menjadi 'tiap' sahaja.

Contoh:
 1. a). Tiap orang mesti belajar bahasa Arab.(SALAH)
     b). Tiap-tiap orang mesti belajar bahasa Arab. (BETUL)

2. a). Tiap pagi Ali menaiki bas ke sekolah.(SALAH)
    b). Tiap-tiap pagi Ali menaiki bas ke sekolah.(BETUL)
    c). Setiap pagi Ali menaiki bas ke sekolah.(BETUL)

Ulasan:
Kata bilangan pisahan 'tiap-tiap' boleh ditulis sebagai 'setiap', tetapi tidak boleh ditulis 'tiap' sahaja kerana 'tiap' bermaksud 'wang kopi.'

Kesalahan Tatabahasa : Menggunakan 'Daripada' dengan Kata Bilangan Tak Tentu

Kesalahan meletakkan kata sendi nama 'daripada' selepas kata bilangan tak tentu seperti setengah-setengah, sesetengah, segelintir, kebanyakan dan kata bilangan pisahan seperti setiap, tiap-tiap.

Contoh:

1. a). Sesetengah daripada herba beracun.(SALAH)
    b). Setengah-setengah daripada herba beracun.(SALAH)
    c). Sesetengah/setengah-setengah herba beracun.(BETUL)

2. a). Hanya segelintir daripada calon SPM lulus cemerlang.(SALAH)
    b). Hanya segelintir calon SPM lulus cemerlang.(BETUL)

3. a). Kebanyakan daripada penghuni rumah itu perempuan.(SALAH)
    b). Kebanyakan penghuni rumah itu perempuan.(BETUL)

4. a). Setiap/Tiap-tiap daripada masalah itu perlu diteliti.(SALAH)
    b). Setiap/Tiap-tiap masalah itu perlu diteliti.(BETUL)

Ulasan:
Kata sendi nama 'daripada' hanya boleh diletakkan pada beberapa patah kata bilangan tak tentu, contohnya 'sebahagian' yang menjadi 'sebahagian daripada'...dan 'sebilangan' yang menjadi 'sebilangan daripada'...

Kesalahan Tatabahasa : Menulis Singkat Kata Bilangan Himpunan

Kesalahan menulis singkat kata bilangan himpunan dalam ayat.

Contoh:

1. a). Keempat buah bangunan tinggi itu milik kerajaan.(SALAH)
    b). Keempat-empat buah bangunan tinggi itu milik kerajaan. (BETUL).

2. a). Kelima buah pulau itu milik seorang jutawan.(SALAH).
    b). Kelima-lima buah pulau itu milik seorang jutawan. (BETUL)

Ulasan:
Kata bilangan himpunan mesti digandakan. Sekiranya tidak digandakan, kata bilangan itu akan menjadi kata bilangan tingkat atau giliran.

Kesalahan Tatabahasa : Menggandakan Kata Nama Konkrit bagi Kata Bilangan Tak Tentu

Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang menggunakan kata bilangan tak tentu yang membawa makna jamak(banyak).

Contoh:

1. a). Semua pelajar-pelajar tahun satu diwajibkan mengambil ujian. (SALAH)
    b). Semua pelajar tahun satu diwajibkan mengambil ujian. (BETUL).

2. a). Banyak kedai-kedai di kawasan itu tidak membayar cukai. (SALAH)
    b). Banyak kedai di kawasan itu tidak membayar cukai. (BETUL).

Ulasan:
Semua kata bilangan tak tentu membawa makna jamak(banyak). Oleh itu kata nama konkrit yang dibilang tidak perlu digandakan.

Kesalahan Tatabahasa : Penjodoh Bilangan pada Kata Bilangan Tak Tentu

Kesalahan meletakkan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang menggunakan kata bilangan tak tentu seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, sesetengah, dan sebilangan

Contoh:

1. a). Para orang pelakon itu sedang berbual-bual di restoran. (SALAH)
    b). Para pelakon itu sedang berbual-bual di restoran. (BETUL).

2. a). Banyak bentuk cincin permata yang dijual di kedai emas itu.(SALAH)
    b). Banyak cincin permata yang dijual di kedai emas itu. (BETUL).

Kecuali:

3. a). Beberapa durian yang jatuh itu busuk. (SALAH)
    b). Beberapa biji durian yang jatuh itu busuk. (BETUL)

Pengecualian:

Penjodoh bilangan tidak perlu diletakkan bagi kata nama konkrit yang dibilang menggunakan kata bilangan tak tentu, kecuali pada kata bilangan tak tentu beberapa.

Kesalahan Tatabahasa : Menggandakan Kata Nama Konkrit bagi Kata Bilangan Tentu

Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tentu yang telah sedia membawa makna jamak(banyak).

Contoh:

1. a). Empat buah rumah-rumah itu masih belum dijual. (SALAH).
    b). Empat buah rumah itu masih belum dijual. (BETUL).

Ulasan:
Apabila membilang kata nama konkrit dengan menggunakan kata bilangan tentu yang membawa makna jamak(banyak), maka kata nama konkrit yang dibilang tidak boleh digandakan.


Tidak Meletakkan Penjodoh Bilangan

Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang menggunakan kata bilangan tentu.

Contoh:

1. a). Dua kereta itu berjenama Honda City. (SALAH)
    b). Dua buah kereta itu berjenama Honda City.(BETUL)

2. a). Sepuluh telur itik itu direbus untuk dimakan. (SALAH)
    b). Sepuluh butir telur itik itu direbus untuk dimakan.(BETUL)

Ulasan:
Apabila menggunakan kata bilangan tentu(satu,dua dll) untuk membilang kata nama konkrit, kata nama konkrit itu mesti digandingkan dengan penjodoh bilangan yang berkaitan.

Kata Bilangan Tingkat atau Kata Bilangan Ordinal atau Giliran

Menunjukkan giliran atau urutan nombor.
Kata bilangan yang berasal daripada kata bilangan tentu tetapi ditambah imbuhan ke-, kecuali pertama.

Contoh:
Pertama, ketiga, kedua, keseratus, kesejuta, keempat

Kata Bilangan Pisahan

Kata bilangan yang digunakan untuk membilang sesuatu secara berasingan.

Contoh:
Setiap, tiap-tiap, masing-masing

Kata Bilangan Pecahan

Kata bilangan yang berbentuk pecahan atau menunjukkan jumlah bahagian daripada sesuatu.

Contoh:
Setengah, satu perempat, tiga perlapan, lima perenam belas, separuh, sebahagian, sebelah, tiga suku, suku, dua perseratus, sepertiga.

Kata Bilangan Himpunan

1. Kata bilangan himpunan berasal daripada kata bilangan tentu tetapi digandakan dan ditambah dengan imbuhan ke- dan ber-.
2. Ia juga bermaksud longgokan, himpunan atau timbunan.

Contoh:
keempat-empat, berbulan-bulan, berjam-jam, kedua-dua, berguni-guni, puluhan, jutaan, ribuan, beratus-ratus.

Kata Bilangan Tentu atau Bilangan Kardinal

Kata bilangan yang menunjukkan bilangan tertentu, pasti dan tepat jumlahnya. Ia biasanya diikuti dengan penjodoh bilangan.

Contoh:
Lapan, sepuluh, lima bilion, tiga juta, satu, dua, tiga dll.

Kata Bilangan Tak Tentu

Kata bilangan yang tidak diketahui jumlah/bilangannya ataupun sukar menentukan dengan tepat dan pasti jumlah/bilangannya.

Contoh:
- Kebanyakan, pelbagai, semua, para, segelintir, sesetengah, semua, seluruh, sekian, beberapa, segala.

Selasa, 11 Ogos 2015

Cucuk

Cucuk digunakan untuk:
Membilang benda-benda yang dicucuk dengan lidi atau buluh.

Contoh:
Sate, buah-buahan potong