Sabtu, 27 Ogos 2016

Apakah Penjodoh Bilangan?

1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama Kata Bilangan.

2. Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bagi menghitung Kata Nama Abstrak.

Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
3. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda itu mengikut rupa, bentuk, saiz dan sebagainya.
Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

4. Penjodoh bilangan hadir selepas:

a). Kata Bilangan Tentu.
Contoh: Tujuh buah bas. Lima ribu orang pelatih.
 
b). Kata Bilangan Tak Tentu.
Contoh: Beberapa ekor gajah. Beberapa buah sekolah.

c). Kata Bilangan Himpunan(yang tentu bilangannya).
Contoh: Berpuluh-puluh buah rumah. Berjuta-juta orang pelarian.

5. Penjodoh bilangan bukan kata ukuran atau sukatan.

Contoh:
Tiga ekor arnab.(Penjodoh bilangan)
Tiga kilogram arnab. (Ukuran)

Satu biji telur itik.(Penjodoh bilangan)
Satu dozen telur itik.(Ukuran)

Rabu, 23 Mac 2016

Apakah Kata Bilangan?

Kata bilangan :

1. Kata yang digunakan untuk menghitung atau membilang atau menerangkan atau menyatakan jumlah sesuatu.

2. Penerang jumlah pada kata nama atau frasa nama dan hadir sebelum kata nama atau frasa nama itu.

Jenis-jenis Kata bilangan:

1. Kata Bilangan Tentu atau Kardinal
2. Kata Bilangan Tak Tentu
3. Kata Bilangan Himpunan
4. Kata Bilangan Pecahan
5. Kata Bilangan Pisahan
6. Kata Bilangan Tingkat atau Ordinal atau Giliran
7. Kata Bilangan Tanya

Khamis, 3 September 2015

Buah

Digunakan untuk:

1. Benda yang besar.
Contoh: Jam, almari, buku, radio, songkok

2. Bangunan.
Contoh: Stadium, rumah, dewan, sekolah, universiti

3. Kenderaan.
Contoh: Kereta, Motosikal,basikal

4. Tempat.
Contoh: Bandar, pulau, pekan

Cekak

Digunakan untuk:

Benda yang dipegang secara mencekak.

Contoh:
Benih padi, daun sirih, sayur-sayuran, serai

Bungkus

Digunakan untuk:

Benda atau sekumpulan benda yang dibungkus/dibalut.

Contoh:
Coklat, nasi lemak, lauk, mi

Carik

Digunakan untuk:

Benda yang dikoyakkan kecil-kecil.

Nota: Koyak=carik

Contoh:
Daun, kain, kertas, perca


Tompok

Digunakan untuk:

Cecair atau bahan yang bertompok(kotor).

Contoh:
Cat, dakwat, warna, arang